Ahad, 8 Ogos 2010

Hanya Kekuatan Roh yg Dapat Membebaskan Al Aqsa


Walau berbilllion penduduk dunia memprotes dan tunjuk perasaan menentang Israel, apakah akan ada perubahan besar? Umat Islam tidak mampu. Hanya peribadi yang dijanjikan Tuhan sahaja mampu memusnahkan mereka. Teringat kata-kata Sheikh Hisham Kabbani - Imam Mahdi akan menawan Masjidil Aqsa hanya dengan takbir. Ingat ! Kekuatan roh yang dibelakangnya adalah Allah sahaja yang mampu memenangkan Islam.
—————————————————————————————————————————
Yahudi sedang melepaskan sebesar-besar geram yang terpendam dan terbuku. Mereka tahu masa kemusnahan bangsa mereka sudah terlalu dekat. Agenda mereka untuk menghancurkan kebangkitan Islam yang bakal naik di Timur semuanya gagal. Kahin-kahin ( ahli sihir) mereka sudah menggunakan segala teknologi ilmu hitam yang tercanggih untuk menghancurkan peribadi yang dijanjikan namun tiada siapa yang dapat mengalahkan kekuatan roh manusia yang dibelakangnya adalah Penguasa Alam ini.

Bila kita melihat sejarah, seelok sahaja Nabi Ibrahim pulang kepada kaumnya setelah keluar dari api yang membakarnya selama 40 hari, maka berlakulah satu kemenangan yang sangat besar dan amat agung. Satu kemenangan yang tidak terduga oleh semua pihak, maka walaupun Nabi Ibrahim tidak menjadi ketua negara Turki semasa itu, mukabumi di mana Nabi Ibrahim berada pada waktu itu, sebenarnya telah menjadi setenang-tenang negara dengan suasana yang sangat aman , selamat semuanya dan menjadi suburlah negara itu.

Bilamana Allah melakukan keajaiban, iaitu satu mukjizat yang paling besar dimana api tidak membakar Nabi Ibrahim, dan Nabi Ibrahim boleh terlepas, maka ia adalah satu titik tolak kepada seribu-satu keajaiban lainnya, titik bermulanya pakej kepada pemerintahan Roh itu. Mukabumi menjadi di bawah pemerintahan kerajaan langit — Ya Allah, bumi seolah-olah boleh dikecilkan, bumi boleh juga diluaskana megikut keperluan-keperluan dengan teknik teknologi roh. Hal ini akan menjadi satu budaya, dimana sebelumnya jika disukat dengan akal, segalanya adalah mustahil.

Begitu juga seelok Nabi Musa dapat naik daripada Laut Merah itu dan Firaun didapati telah mati di dalamnya, maka telah terjadi satu perubahan, walau Nabi Musa tidak memerintah Mesir, jadilah negara Mesir itu setenang-tenang negara, sebab karomah paling besar, mukjizat paling besar yang Allah kurniakan kepada orang-orangNya ialah ketenangan. Jadi tenanglah negara itu. Amanlah, selamatlah semuanya dan suburlah. Orang tidak lagi akan merungut tentang makanan dan minuman. Itulah keredhaan Tuhan kepada negara tersebut.

Tuhan akan mengulangkan sejarah bilamana dunia sudah terlalu zalim dikerjakan oleh para manusia, maka Tuhan akan mengambil alih. Ini adalah satu kenyataan sejarah dan kemuncaknya adalah bila yang membawa kebenaran dinaikkan, yang membawa kezaliman dijatuhkan.

Kasih sayang yang bertunjangkan cinta kepada Tuhan dan iman yang kental sahaja yang akan menenangkan kesemuanya dan menundukkan semuanya.

Pernah seorang pejuang agama di negara kita yang telah datang membawa satu misi perjuangan Islam yang amat asing, dipanggil mengadap oleh pemimpin tertinggi negara kita
“Apa kerja kamu ini? Di dalam negara aku, kamu nampaknya sibuk ke hulu, ke hilir, cakap apa ini? Kamu telah membuat perpecahan kepada bangsa kita nampaknya” soal Datuk Seri itu.
Jawab pejuang ini “Saya rasa masyarakat kita, orang Melayu kita ni, kena ditanamkan iman, sebab dengan taqwa dan kekuatan roh sahajalah bangsa kita akan kuat”.

Datuk Seri menjawab “Alah, iman, iman, taqwa, taqwa, habis nak makan apa kalau tak ada duit? Bangsa kita mundur sebab tiada duit, sebab ekonomi lemah, bukan sebab tiada iman”
Jawab pejuang “Saya lihat di Brunei, di negeri-negeri teluk, Saudi Arabia, mereka semua kaya, mereka jadi ceti dunia tetapi bangsa mereka tidak kuat juga”.

Datuk Seri menjawab ” Oh!, pandai kamu menjawab ya?”

Jawab pejuang : “Ok, Datuk Seri cuba cara ekonomi, saya cuba cara iman dan cinta, saya hendak mengajak bangsa kita mencintai Allah, nanti mereka akan menjadi tonggak kekuatan tersembunyi untuk bangsa ini dan Allah akan memberi duit kepada mereka, kita tengok siapa yang betul nanti.“

Oleh sebab pengaruh pejuang ini semakin berkembang dan meluas di dalam mahupun di peringkat antarabangsa, maka seperti mana Israel tidak dapat mengawal perasaannya dan gelojoh menghancurkan Palestine, perjuangan pejuang Islam ini turut sama dihancurkan pihak penguasa dengan begitu semberono, gelojoh, kejam dan meluas, atas sebab takutkan pengaruh sosialnya yang semakin merebak ke seluruh lapisan masyarakat.

Rindu kepada Allah yang ghaib dan rindu kepada RasulNya di alam barzakh sana, maka itulah punca kenapa Islam itu dapat dibangunkan. Orang-orang akal, orang yang beragama tetapi kering rohnya, tiada rasa-rasa rindu dan cinta ini, tidak mungkin akan melahirkan kebangkitan Islam. Jadi kita tidak perlu hairan bila ada orang yang sakit fizikalnya masih boleh membangunkan Islam. Kita ini yang sihat, segar bugar ini pun tidak mampu membuatnya. Ia mesti bertolak dari rasa rindu dan cinta kepada Allah dan RasulNya.

Siapa yang tiada rasa rindu, dan tiada rasa cinta kepada Allah dan Rasul, terpekik terlolong sampai keluar anak tekak untuk menampakkan cintanya kepada Islam, nescaya tidak lahirlah kebangkitan Islam itu.
P/S: Di copy paste dr heliconia.wordpress.com.

Solat Membina Peribadi Agung?? Ye ke??

Kenapa ye..Ada orang yang solat, tapi masih mencuri, bercakap perkara yang tidak sopan, tidak menutup ‘aurat dan melakukan kesalahan-kesalahan lain. Pelik kan?? Sedangkan solat itu membina peribadi Agung, menyubur benih-benih mahmudah dan membuang mazmumah. Solat itu adalah sumber kebaikan. Jadi, kenapa akhlak buruk masih tidak dapat dihapuskan? Adakah Allah berbohong? Tidak...Maha Suci Tuhan daripada berdusta, Allah itu sangat Pengasih dan Penyayang, Maha Baik, Maha Sempurna dan Maha Segalanya.

Mari kita koreksi diri ketika ber’dating’ dengan Kekasih Agung. Adakah kita menjaga syarat-syarat zahirnya? Syarat zahir adalah :
i) Syarat rukun, sah dan batal solat.
ii) Awasi perkara yang boleh mencacatkan solat dengan meninggalkan perkara yang makruh.
iii) Suasana yang tenang, tiada kebisingan
iv) Penglihatan juga perlu dijaga sebaiknya dengan hamparan kain putih tanpa gambar di tempat sujud.
V) Jangan tergesa-gesa dan tergopoh-gapah dalam solat.
Vi) Pertahankan solat di awal waktu.

Itu syarat zahir..Bagaimana syarat batinnya?? Perasaan2 ini tidak akan datang dengan sendiri melainkan diusahakan secara istiqomah. Tanpa kesungguhan dan istiqomah, ia mudah lenyap dan padam. Ini kerana hati sudah terlalu kotor dan tebal dengan mazmumah hingga sukar untuk menyuburkan berbagai2 rasa kehambaan dan rasa berTuhan.

Antara perasaan yang perlu hadir tika solat:
i) Takut kepada Allah SWT kerana banyak melakukan dosa
ii) Malu kerana tidak bersyukur terhadap ni’mat Tuhan yang banyak.
iii) Cemas kerana berhadapan dengan Allah dalam keadaan derhaka kepadaNYA.
iv) Gerun kerana bakal berhadapan dengan Allah SWT yang menghitung tiap2 perbuatan sepanjang hidup.
V) Merasai setiap gerak dan lintasan hati samada baik atau jahat diketahui Allah SWT.
Vi) Rasa dikuasai oleh Allah SWT, kerana dengan kehendak dan izinNYA jugalah kita maka kita dapat bersyukur, beramal dan mentaatiNYA.

Wahai diri, sudahkah ditunaikan antara tuntutan2 solat? Kadang2, dalam solat pun kita masih teringat assignment, “si dia” yang konon2 jauh di mata dekat di hati, teringat barang yang lupa letak dan sebagainya..Ada juga yang solat kerana riya’..Ruginya..Kan? Kan? Betapa tidak beradabnya kita di hadapan Allah yang Maha Agung. Jika tidak difahami dan dihayati solat, bagaimana mungkin ia dapat membina peribadi agung??

Checklah balik hubungan kita dengan Allah. Risaulah..takut2 amalan tidak diterimaNYA. Kalau assignment tidak diterima, masih ada final exam untuk membantu, Kalau Allah tidak terima amalan kita?Kita akan jadi semalang-malang manusia. Maka, bagaimana harus kita hadapi saat bertemu Allah nanti?

Solat adalah ibu ibadah dan di sebalik solat itu sendiri terkandung pelbagai rahsia Ilahi. Kasih Tuhan kepada hambaNYA terlalu luas, didikanNYA halus dan indah. Solat juga adalah didikan agung dariNYA. Segala yang kita lihat, rasa dan dengar akan menjadi indah jika kita menghubungkannya dengan Allah. Usahlah beramal kerana fadhilat, tapi beramal lah untuk Allah.
Ilahi Robbi..ANTA maksudi..