Isnin, 30 November 2009

Kesilapan..

Kesilapan, jangan hanya mengharap orang menunjukkan salah kita. Sebaliknya, sedarlah sendiri akan kesilapan diri. Belum tentu orang yg bertanya tentang situasi dan meminta maaf, hanya punya satu tujuan. Mungkin dia mahu kita berfikir tentang situasi itu juga lantaran dia tiada daya utk meluah dan tidak tahu bagaimana harus mengkhabarkan. Tuhan, hamba berdosa ini hanya mampu memohon dengan rahmat dan kasihMU, kirimkanlah khabar situasi padanya dengan pengertian. Sudilah mpuni kami ats kesalahan kami dan redhakan kami ats setiap ketentuanMU. Itu kata “kembar” sy. Dan sekarang, sy rs sy melalui situasi tersebut.

Baru2 ini hati rs geram. Siapalah sy utk rs geram dgn mn2 makhluk ciptaan Tuhan, tapi hati..Hanya pd Allah kita minta perlindungan, krn tiada tangan yg mampu menghalang, tiada otak yg mampu mengawal. Carikan lama yg msh dlm mujahadah tb2 ditambah dgn tingkah yg m’buahkan rs kurang senang. Diam2 do’a dikirim buatnya sbg ganti rs yg tak sepatutnya wujud. Moga Allah sudi ampunkan sy. Wanita, lebih2 lg yg tak terdidik mcm sy, emosi sering kurang stabil. (Erm..memang tak boleh jd pemimpin. Punah ranah kerajaan.)

Nafsu merancang berbagai tindakan tapi hati melarang. Pertarungan tidak terlalu sengit tapi mampu mencetus tindakan kurang wajar. Sedang berbaring di langit malam. Kedengaran bisikan..

“Bila kita mengingati dosa kita, kita tidak akan memikirkan dosa orang lain..Apatah lagi utk menceritakannya..”

Tersentak, terduduk. Aduh Tuhan...Ampuni hamba atas ketelanjuran rasa..

Benar bicara guru, bila kita sedar akan dosa2 kita, rasa kehambaan akan menghalang kita daripada m’judge dan menghukum orang. Walaupun hanya dari segi rasa. Kita tidak akan berani berandai2 dlm tindakan yg akan dibuat. Tak berani melakukan apa2 tanpa meminta izin Allah. Jika kita mengingati dosa, kita akan memandang kecil amal perbuatan kita, takkan merasa patut geram@marah dgn sesiapa. Itu sekadar pendapat peribadi sy ats situasi yg berlaku pd sy kebelakangan ni.

“Najwa, kita bukan malaikat. Normal kalau rs geram tu ada.”

Ya. Itu memang fitrah. Sy pun selalu jd “Incredible Hulk” bila marah dgn adik2. Kadang jd Badang. Tapi, agama punya kaedah tersendiri dlm menangani nafsu dan emosi. Rasulullah saw qudwah hasanah sepanjang zaman. Biarpun dijamin syurga, biarpun baginda Kekasih Allah..baginda tetap dengan rasa kehambaannya yg tebal. Inikan pula kita hamba yg penuh dosa?

Erm, semakin out of topic. Najwa, stop it..

Ya Rahman. Ya Rahim..Sudilah selesaikan masalah zahir batin ini..
Ighfir zunubi ya Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan