Ahad, 8 Ogos 2010

Solat Membina Peribadi Agung?? Ye ke??

Kenapa ye..Ada orang yang solat, tapi masih mencuri, bercakap perkara yang tidak sopan, tidak menutup ‘aurat dan melakukan kesalahan-kesalahan lain. Pelik kan?? Sedangkan solat itu membina peribadi Agung, menyubur benih-benih mahmudah dan membuang mazmumah. Solat itu adalah sumber kebaikan. Jadi, kenapa akhlak buruk masih tidak dapat dihapuskan? Adakah Allah berbohong? Tidak...Maha Suci Tuhan daripada berdusta, Allah itu sangat Pengasih dan Penyayang, Maha Baik, Maha Sempurna dan Maha Segalanya.

Mari kita koreksi diri ketika ber’dating’ dengan Kekasih Agung. Adakah kita menjaga syarat-syarat zahirnya? Syarat zahir adalah :
i) Syarat rukun, sah dan batal solat.
ii) Awasi perkara yang boleh mencacatkan solat dengan meninggalkan perkara yang makruh.
iii) Suasana yang tenang, tiada kebisingan
iv) Penglihatan juga perlu dijaga sebaiknya dengan hamparan kain putih tanpa gambar di tempat sujud.
V) Jangan tergesa-gesa dan tergopoh-gapah dalam solat.
Vi) Pertahankan solat di awal waktu.

Itu syarat zahir..Bagaimana syarat batinnya?? Perasaan2 ini tidak akan datang dengan sendiri melainkan diusahakan secara istiqomah. Tanpa kesungguhan dan istiqomah, ia mudah lenyap dan padam. Ini kerana hati sudah terlalu kotor dan tebal dengan mazmumah hingga sukar untuk menyuburkan berbagai2 rasa kehambaan dan rasa berTuhan.

Antara perasaan yang perlu hadir tika solat:
i) Takut kepada Allah SWT kerana banyak melakukan dosa
ii) Malu kerana tidak bersyukur terhadap ni’mat Tuhan yang banyak.
iii) Cemas kerana berhadapan dengan Allah dalam keadaan derhaka kepadaNYA.
iv) Gerun kerana bakal berhadapan dengan Allah SWT yang menghitung tiap2 perbuatan sepanjang hidup.
V) Merasai setiap gerak dan lintasan hati samada baik atau jahat diketahui Allah SWT.
Vi) Rasa dikuasai oleh Allah SWT, kerana dengan kehendak dan izinNYA jugalah kita maka kita dapat bersyukur, beramal dan mentaatiNYA.

Wahai diri, sudahkah ditunaikan antara tuntutan2 solat? Kadang2, dalam solat pun kita masih teringat assignment, “si dia” yang konon2 jauh di mata dekat di hati, teringat barang yang lupa letak dan sebagainya..Ada juga yang solat kerana riya’..Ruginya..Kan? Kan? Betapa tidak beradabnya kita di hadapan Allah yang Maha Agung. Jika tidak difahami dan dihayati solat, bagaimana mungkin ia dapat membina peribadi agung??

Checklah balik hubungan kita dengan Allah. Risaulah..takut2 amalan tidak diterimaNYA. Kalau assignment tidak diterima, masih ada final exam untuk membantu, Kalau Allah tidak terima amalan kita?Kita akan jadi semalang-malang manusia. Maka, bagaimana harus kita hadapi saat bertemu Allah nanti?

Solat adalah ibu ibadah dan di sebalik solat itu sendiri terkandung pelbagai rahsia Ilahi. Kasih Tuhan kepada hambaNYA terlalu luas, didikanNYA halus dan indah. Solat juga adalah didikan agung dariNYA. Segala yang kita lihat, rasa dan dengar akan menjadi indah jika kita menghubungkannya dengan Allah. Usahlah beramal kerana fadhilat, tapi beramal lah untuk Allah.
Ilahi Robbi..ANTA maksudi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan